Untuk habiskan post ni, ana akan pendekkan cerita masa ana di Madinah dan Mekah. Harap-harap faham ye. (Nanti ana post gambar sekali)
[Lokasi] Madinah al-Munawwarah
Sampai ke kota Madinah, hati ana sebak masa ana nampak Masjid Nabawi. Rasa betul-betul dekat
ana dengan Rasulullah sallallahualaihiwassalam. Sampai kat hotel, lebih kurang setengah jam mutawwif bahagi-bahagi bilik. Tidurlah sekejap lebih kurang dua jam pastu lepas alarm kejutkan ana, bangun dan buat kali pertama dalam hidup ana, ana berjalan kaki menuju Masjid Nabawi, masjid dimana Rasululullah S.A.W. hidup dan dimakamkan. Walaupun ana sehari semalam je ana di Madinah al-Munawwarah masa yang berlalu sehari bagi ana rasa lebih lama dari masa ana di Mekah. Alhamdulillah, hampir setiap kali lepas solat fardhu ana dapat ke Raudhah.
Bagi yang tak tau, Raudhah tu sebahagian daripada taman-taman di syurga jadi di situ antara tempat-tempat yang paling mustajab untuk berdoa. Masa kali pertama ana masuk Raudah (kat situ every man for himself jadi memang sangat sesak orang nak cari tempat) rupa-rupanya nak masuk masa untuk kaum perempuan masuk dalam Raudah jadi ana, ayah ana, dan dua adik ana sepatutnya keluar dari Raudah, tapi yang ana bersyukur sangat, ana tersekat kat situ, ana tersekat kat Raudah! Cuba bayangkan betapa untungnya ana waktu tu, jadi ana berdoa dengan sepenuh hati masa tu.
Masa ana ziarah makam Rasulullah S.A.W. ana rasa begitu dekat dengan baginda. Ada satu hadis yang katanya setiap kali selepas Rasulullah wafat, seseorang bagi salam kepada baginda, ruh baginda akan masuk balik ke dalam jasad baginda dan baginda S.A.W akan jawab salam. Jadi dengan beribu-ribu orang bagi salam kepada baginda setiap saat, jadi seolah-olah (atau memang pun) hidup semasa dalam kubur, menjawab salam kita. Disana juga, walaupun kubur isteri nabi pun, takde beza, sama je, batu dan tanah, takde hias-hias, sampai mana satu kubur siapa pun tak tahu. Jadi, faham-faham jela keadaan iman sebenar kita di Malaysia ni macam mana.
Jadi, hari terakhir ana di Madinah, masa ana buat Ziarah Wada' atau Ziarah Selamat Tinggal, rasa sayu ana nak tinggalkan Rasulullah selepas ana dah berada begitu dekat dengan baginda.
Jadi bila ana naik bas tu, dan berpaling daripada Masjid Nabawi, hati ana berasa rindu sangat, walaupun baru sekejap, tapi fikiran kita yang tak tau bila rezeki kita untuk datang balik untuk berjumpa baginda tu yang buat ana rasa rindu. Jadi bagi anda yang dapat buat umrah tu, hargailah setiap saat masa buat umrah, terutama masa di Masjid Nabawi dan Mataf di Masjidil Haram.

2 Comments:
salam .,
waa~ best2
untungnya nta x)
Alakumusalam,
Alhamdulillah, Allah bagi rezeki kat ana masa ana kat sana.
Post a Comment